When:
9th March 2020 @ 10:00 am – 4:00 pm Asia/Kuala Lumpur Timezone
2020-03-09T10:00:00+08:00
2020-03-09T16:00:00+08:00
Where:
Dewan Ukur JUPEM
Jalan Sultan Yahya Petra
Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
Contact:
Ms Nabila
+603-7954 8358

:: ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS MALAYSIA ::

RISM ANNOUNCEMENT [GLS] NO.8/59TH SESSION 2019/2020

 

Kempen Derma Darah

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN ANJURAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DAN PERTUBAHAN JURUUKUR DIRAJA MALAYSIA (RISM)

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa JUPEM dan Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah (GLS), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur akan menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 9 Mac 2020 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Ukur JUPEM
  1.  Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk bantu mengisi tabung darah di hospital bagi tahun 2020. Sehubungan itu, dimohon kerjasama daripada pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan untuk memanjangkan program ini kepada semua pegawai dan kakitangan di bawah seliaan serta menggalakkan seberapa ramai kakitangan untuk menyertai program yang mulia ini. Kempen ini adalah terbuka kepada semua warga JUPEM, warga JKPTG W.P. Kuala Lumpur dan orang awam. Sasaran kempen pada kali ini adalah 80 penderma.

 

  1. Semoga dengan sokongan dan kerjasama YBrs. Dr/Tuan/Puan, Kempen Derma Darah pada tahun ini akan dapat dijalankan dengan lancar. Penderma-penderma darah yang pernah menderma darah dan memiliki Buku Rekod Derma Darah juga diingatkan supaya membawa bersama-sama semasa menyertai kempen ini. Selain itu, kaunter pembayaran yuran tahunan keahlian RISM juga akan dibuka sepanjang program ini dilangsungkan.

 

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.